Thursday, September 23, 2010

Semalam Punya Hal!!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

Apa khabar semua? Hari ini aku nak ceritakan tentang semalam punya hal.  Fuhhhhhh!! mcm2 yang terjadi. Aku telah menjadi seorang penceramah hahahahah tapi sekejap jerk sampai minum pagi pastu lain semua bell yang sambung. hahahahahaha dikira pencermah gak tuh..hahahahaha. Tapi cuak nak mampus lah dlm tuh. Dah lah peserta semalam ramai 30 orang.  Ada beberapa kali aku tergagap2. Lagi2 bila peserta tanye soalan. Kena training lagi aku nh.
 
sebahagian peserta
Tekun gak diorg nh!!


                                                                                                                                                       
Pastu pukul 4.30 petang, aku dapat msg daripada member aku mengatakan kereta bapak aku telah dilanggar. Dia siap antar picture. Aku tgk daripada pic tuh xder lah teruk maner. Tapi bila aku samapai rumah, makbapak!! teruk jugak. Depan belakang hancur. Bumper depan siap bercium dengan tiang. Kemalangan ini melibatkan 5 buah kereta. 2 kereta dikatakan hanya calar sedikit tapi lagi 3 kereta abis kemek2. Tapi ia berlaku semasa semua kereta sedang dalam keadaan yang senyap (Parking daaaa...)






Aku tanye orang macam maner benda ini bleh berlaku. Ia berpunca dari pakcik kedai yang bernama Abg Man Suraya yang memakai kereta Hyundai Tucson telah mengREM-REM kan keretanya untuk memanaskan enjin di Parking rumah aku dan yang paling peliknya macam maner ntah die boleh termasuk gear reverse dan turun handbrake. PELIK PELIK. Dengan keadaan pintu terbukak, die telah melanggar bumper kereta Iswara putih yang parking berdekatan dan dengan hebatnya, bumper belakang terkopak teruk..Fuhhhhhhh kuat jugak pintu kereta Tucson tuh. 



dan dalam keadaan yang panik dia tertekan lagi pedal dan terus kereta tuh ke kereta bapak aku yang bernama Proton Wira dan kereta member aku yang bernama VIOS. Yang paling parah adalah kereta bapak aku. Pada malam itu dengan berbekalkan 2 bijik kereta tunda, kereta bapak aku dan kereta suspek (hehehe yang bersalahlah) telah dibawa ke Balai polis Jalan Bandar. Kereta iswara dan Vios boleh jalan lagi jadi dia dibawa oleh ownernya ke balai untuk buat report. Nampak gayanya semua kereta mangsa akan claim insurans suspek hehehehehehe. 


 


Itu jer lah aku nak cerita, aku ada kerja nak buat nih. Lain kali aku sambung lagi ok. Haisssssssh (terbang)

Wednesday, September 22, 2010

Asal Usul Nama Timang - timangan (nickname) aku

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya tujukan kepada semua yang sudi membaca blog aku yg x seberapa ni.

First of all, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam yang berada diseluruh Kuala Lumpur, Malaysia dan dunia. 



ok sekarang mari saya bercerita tentang asal-usul nama nickname aku. Mesti korang tertanya-tanya mana aku dapat nama tuh. Aku akan cerita satu persatu.
Pelat : haaaa name ni adalah nama nickname pertama orang panggil aku. PELAT. Kenapa? sebabnya aku nih pelat hehehehe. Aku susah nak menyebut huruf 'S' macam Lisa Surihani juga. Dia pun pelat mcm aku gak.hehehehehe..sama jugak dengan pierre andre. die pun pelat 'S'.  Yang banyak panggil aku pelat adalah budak sekolah dan member PKN aku. Aku kalau sebut 'S' bunyi angin jerk. hehehehehe. Aku x marah sebab ini adalah kurniaan Allah. Aku rasa kalau pelat nh comel. hehehehehehe.





Cendol @ Cend : Yang ini paling kelakar. kalau org lain dgr mesti ketawa. Kenapa cendol, kenapa x ABC ker. hehehehe.. nama nih diberi oleh kwnku Man Ala. Dia main nak bagi jer nama tuh. Aku tanya kenapa, die kata aku ni kpala x betul. Aku punya pikir apa kaitan kpala x betul dengan Cendol. Skrg nih brother2, makcik2 kat flat aku dah panggil aku cendol atau nak sedap lagi Cend. Haiyaaa.

ini lah Man ala


Acu : Ini nama di ofis ku. Kebanyakan budak2 geng futsal aku. Nama ini diberi oleh Ramdan. Aku paling x suka nama ini. geli jer. eeeeeeee... Nama ini diberi semasa aku berada di bahagian Pembangunan, bahagian lama aku sebelum aku ditukarkan. Ini kerana aku yang paling muda di bahagian itu. huhuhuhu. Apez lah yang sebarkan nama ini. 

yang paling depan tuh lah Ramdan.

Adik : ini panggilan manja aku dirumah. Mak n ayah aku sahaja yang panggil aku adik. Sebab aku adalah anak bongsu yang boleh tahan comelnya.

dan ada satu lagi nama di rumah aku terpaksa rahsiakan. Kelakar siot. Jadi RAHSIA kerajaan Malaysia nama itu.

Sekian sahaja lah al-kisah nama aku. Jika ternampak aku di mana2 panggil lah sajer dengan nama2 berkenaan kecuali Adik sebab parents aku jer yang boleh panggil aku dengan nama itu.

Jika anda ada nama nickname yang best dan kelakar, sila lah letak kan di ruang komen di bawah.

Sekian, terima kasih. Haisssssssh (terbang)

Tuesday, September 21, 2010

Hari pertamaku sebagai blogger


Hai apa khabar semua!! 

 best ker blog ni..aku tengok semua asyik main blog jer kat ofis aku...Kak Aida dengan blog kehidupannya dan mijy dengan blog jualan barang babynya... Pening aku. Jadi dengan segala hormatnya, aku telah mengcreate satu blog yang bernama ' TTT' atau dalam bahasa saintifiknya Taro The Tarok.

 Kenapa aku letak nama Taro The Tarok?? pelikkan nama tuh!! sebenarnya nama aku dalam facebook atau dalam bahasa melayunya (kalu sapa x paham english lah) muka buku ialah En. Taro sebab aku minat Ultraman Taro yang sangat hebat. The Tarok lak Kak Aida yang bagi nama tuh sebab aku x tau lah nak buh nama blog ni aper. lagipun, aku minat sangat tarok org lagi2 orang depan aku nh, Bell ataupun Isobeth Anak Bana. heheheheh jangan marah yer Bell kalu u baca blog I nih.  

Jadi, pada tanggal 22 September 2010 jam 12.30 tengahari, terlahirlah blog aku yang bernama Taro The Tarok.

Apa lagi aku nak cerita...(erm dgn memek muka yang agak comey). 

Oh ya, lututku agak lemah skrg nh sebab aku telah berhempas pulas dalam bilik air tadi selama setengah jam. Aduh x leh lurus dah kaki ku sebelah kanan nh.

x lupa juga esok aku akan menjadi penceramah untuk program anjuran unit aku. 1st time tuhhhh.. Cuak siot..
Bell lah mengada2 nak aku buar opening sampai minum pagi. En. Aidi pun main nak setuju jerk. Punya lah aku berlatih bersungguh-sungguh untuk bercakap esok. Dalam bilik depan cermin, masa buang air, mandi, fogging dan di tempat aku. Kepada semua yang membaca blog aku ari nih silalah membacakan doa selamat kepada aku supaya aku tidak gelabah sangat depan awek2 dan makcik2 yang akan hadir esok sebagai peserta. Aku akan upload pic besok yer. (kalau ada)

 Ok lah, time is running out, lapar bangat nh. Nak rehat dah. Kepada Kak Aida selamat berpuasa 6 dan kepada mimi selamat tido (mimi nih hari2 waktu rehat die tido, aku pun x taw lah apa die buat malam2 sbb die bkn ada suami hehehehehe). 

Bye semua. Selamat menjamu selera. Adios amigos...sayonara. Haisssssssh (terbang)
pic nh dah lame tapi baju yang sama aku pakai ari nh!! what the coincident!!